Utilizamos cookies propias y de terceros para mejorar nuestros servicios. Si continúa navegando, consideramos que acepta su uso. Puede obtener más información en nuestra política de cookies.

restauración

ficha técnica

REFERENCIA CIENCIA / Hª / DICCIONARIOS
CONSTRUCTION MANAGEMENT: CONCEPT, STRATEGY AND APPLICATION
CONSTRUCTION MANAGEMENT: CONCEPT, STRATEGY AND APPLICATION
(edición digital)
2014
259
978-983-861-749-9
Epublication content package
Malay
16,90
(IVA inc)*
  • comprar ahora

    tu libro al instante

  • Ver dispositivos compatibles
  • ¿Es la primera vez que compras un eBook? Clica aquí

Permisos sobre el eBook

Copiar/pegar: Prohibido.
Imprimible: Prohibido.

DRM o protección anticopia (para saber qué es clique aquí)

Si

sinopsis

Pengurusan membina sesebuah bangunan boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan dan penjadualan pembinaan. Perancangan dan penjadualan pembinaan dilaksanakan bila wujudnya dokumen dan carta yang membantu pengurus atau kontraktor untuk menyiapkan projek pembinaan. Pada hakikatnya pada masa dahulu seseorang tukang yang mahir dapat membina sebuah bangunan tanpa sebarang pelan, apatah lagi perancangan terperinci dengan dokumen dan output tertentu. Walaupun begitu, pelannya tetap wujud dan pengurusannya tetap ada, walaupun hanya di dalam fikiran tukang mahir tersebut. Realitinya, perkara sebegini tidak lagi wujud sekarang ini, walaupun projek pembinaan itu hanyalah untuk mengubah suai rumah, pelan masih diperlukan untuk diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan punya rumah didakwa kerana menyalahi peruntukan undang-undang dalam sesebuah negara. P

Dengan itu juga, pengurusan pembinaan sesebuah bangunan atau projek pembinaan memerlukan pendekatan yang lebih sistematik kerana proses pembinaan yang semakin kompleks, penggunaan sumber yang pelbagai dan teknologi canggih yang boleh digunakan serta bertambahnya perundangan yang perlu dipatuhi. Pengurusan pembinaan yang diutarakan dalam buku ini meneliti perkara yang sepatutnya dilakukan dalam organisasi kontraktor binaan. Pendekatan ini agak berbeza sedikit dengan pendekatan yang digunakan melalui kaedah menyeluruh pengurusan projek seperti yang diutarakan oleh Project Management Institute (PMI)1.

Buku-buku yang ditulis tentang pengurusan pembinaan pula ada yang menjurus kepada aspek teknikal dan kejuruteraan. Sesungguhnya, tidaklah dapat dinafikan pentingnya perkara teknikal dan kejuruteraan dalam pembinaan. Ia mencakupi pembinaan bangunan, infrastruktur dan juga pelbagai lagi jenis kemudahan. Penulisan sebegini meneliti perkara yang berkaitan dengan pengetahuan yang amat diperlukan untuk membina dan

Prakata | xv

termasuklah keperluan kejuruteraan2. Ada pula yang menjurus kepada aspek penyeliaan tapak dan aspek tertentu yang diperlukan untuk menguruskan perkara spesifik di tapak pembinaan3. Ada juga buku yang ditulis khusus untuk menjelaskan perkara teknikal pengurusan seperti penjadualan dan teknik-teknik khusus berkenaan dengan mengurus proses pembinaan (Burton dan Mitchelle 1994).

Projek-projek yang amat kompleks kebiasaannya ialah projek besar atau projek mega seperti pembinaan empangan, jambatan yang panjang dan terowong dalam tanah. Antara projek kompleks termasuklah Kuala Lumpur City Centre dan Menara Berkembar PETRONAS, Terowong tebatan banjir Kuala Lumpur yang dikenali sebagai SMART Tunnel, Channel Tunnel dan juga Empangan Bakun4.

Pendekatan yang digunakan dalam buku ini merangkumi tiga aspek utama pengurusan, iaitu rangka, proses dan sumber yang kemudiannya digunakan untuk menganalisis pengurusan pembinaan. Buku ini menggunakan tiga hala dalam menerangkan pengurusan pembinaan, iaitu menganalisis pengurusan pembinaan melalui konsep yang sedia ada dan diubahsuaikan. Sebagai contoh, buku ini menggunakan konsep analisis tiga aspek: entiti, fasa dan proses. Buku ini juga menggunakan konsep rangka pengurusan pembinaan yang membahagikan kepada rangka pengeluaran, sumber (tenaga kerja, teknologi, bahan dan komponen, kewangan, masa dan persekitaran) dan pengurusan pembinaan itu sendiri.

Dalam menguruskan pembinaan, seseorang pengurus pembinaan dan organisasinya disarankan menggunakan strategi membahagikan pengurusan pembinaan kepada dua fasa, prapembinaan dan pembinaan termasuk prakependudukan. Pada setiap fasa ini, terdapat beberapa proses yang perlu ditekankan, misalnya dalam fasa prapembinaan terdapat perancangan semasa tender, perancangan prapembinaan dan persediaan pembinaan. Aplikasi pengurusan pembinaan digunakan untuk memberi contoh yang relevan dalam setiap bab dengan menganalisis masalah dan cadangan penyelesaian.


*Todos nuestros productos incluyen el IVA, ampliar información


otros libros del autor

EMERGING GOVERNANCE AND ECONOMIC ISSUES IN CONSTRUCTION INDUSTRY IN MALAYSIA
lugar de edición: US
año de edición: 2014
formato: Epublication content package
páginas: 217
+ info

comentarios de los usuarios/usuarias